Saturday, 22 December 2012

PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

Penulis : Erni Zainal Abidin
     Tidak keterlaluan jika dikatakan figura ini memiliki pakej yang lengkap untuk dinobatkan sebagai antara wanita paling berjaya di Malaysia pada dekad ini. Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita Islam pertama mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh.
     Kejayaan demi kejayaan yang ditempa sehingga membawa kepada pelbagai pengiktirafan, sudah cukup untuk menggambarkan betapa sosok ini telah mengecap suatu legasi kejayaan yang sering diimpikan oleh semua orang. Itulah Dr. Muhaya, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita.
     Kejayaan yang dikecap kini bukan datang bergolek, tetapi adalah hasil daripada usaha kerasnya selama ini. Walaupun tidak pernah mengimpikan untuk menjadi doktor, tetapi hasrat itu berubah tatkala memikirkan tentang tuah sekiranya dapat memberi khidmat kepada orang ramai yang memerlukan.Katanya, “Hati saya bukan untuk menjadi seorang doktor. Saya menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang jurutera memandangkan saya lebih cenderung meminati dan mendalami subjek Fizik,” akui Profesor Dr. Muhaya Mohamad, Pengarah Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC). Namun kata-kata yang dititipkan bapa saudaranya suatu ketika dahulu telah membuka mindanya untuk mengubah impian hidup.
       “Kata-kata pakcik saya amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Beliau mengatakan kerjaya sebagai doktor memberi peluang pada kita untuk melakukan amal jariah. Adakalanya kita akan bertemu dengan pesakit yang susah, jika kita beri dia lima puluh sen pun dia terima. Itulah antara kata-kata yang terus menusuk dalam minda saya sehingga mengubah impian hidup demi mengejar kebajikan dalam bekerja,” imbau seorang pakar perubatan Oftalmologi, ahli akademik serta pakar motivasi yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.
        Untuk artikel penuh , Sila dapatkan naskah Majalah VIC Edisi Cinta - Cinta Allah,Cinta Rasulullah, dan Cinta Makhluk.


COPY FROM: http://www.vic.my/index.php?option=com_content&view=article&id=112:dr-muhaya-ikon-muslimah-melayu&catid=48:edisi-cinta&Itemid=121

No comments:

Post a Comment