KHUTBAH RASULULLAH
Wasiat Agung Buat Umat Tercinta
" Dan tidaklah kami ( ALLAH ) mengutuskan engkau ( MUHAMMAD S.A.W ) melainkan hanya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan"
( Surah Al-Furqan, ayat 56)
Muhammad Bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggungjawab luar biasa. Sebagai perantara atau Rasul diantara Tuhan kepada Hamba-hambanya, Rasulullah S.A.W perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan, dan arahan Allah S.W.T kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah S.A.W mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga. Perihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya Berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan dan teguran di medan peperangan , di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.
Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah S.A.W. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani,. Besarnya impak kata-kata Rasulullah S.A.W dapat dilihat pada emosi para sahabat yang terusik sehingga menitis air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima sehingga melepaskan pedangnya.
Alangkahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan, dan teguran Rasulullah S.A.W kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditunjukkan khusus kepada sahabat tertentu.
Walaupun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah S.A.W sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.
" SAYA BERWASIAT KEPADA KALIAN AGAR BERTAKWA KEPADA ALLAH . IA ADALAH WASIAT TERBAIK BAGI SEORANG MUSLIM. SEORANG MUSLIM PERLU MENGINGATI AKHIRAT DAN MENYERU KEPADA KETAKWAAN KEPADA ALLAH"
-KHUTBAH JUMAAT PERTAMA RASULULLAH S.A.W DI MADINAH-
BUKU INI DITULIS OLEH : ROHIDZIR RAIS
BEST ISI-ISINYA,BOLEH DIBUAT PANDUAN HIDUP UNTUK DIAMALKAN, INSYAALLAH..
ADMIN SYORKAN KORANG BELI LA BUKU NI, MURAH JE, ADMIN SIAP DAPAT POTONGAN 15% LAGI TAU....JADI APE LAGI SERBU LA CEPAT!!!
SELAGI STOK MASIH ADA!! :)
BEST ISI-ISINYA,BOLEH DIBUAT PANDUAN HIDUP UNTUK DIAMALKAN, INSYAALLAH..
ADMIN SYORKAN KORANG BELI LA BUKU NI, MURAH JE, ADMIN SIAP DAPAT POTONGAN 15% LAGI TAU....JADI APE LAGI SERBU LA CEPAT!!!
SELAGI STOK MASIH ADA!! :)
macam best jeeeeee.... ! :D
ReplyDeleteAdmin beli kat mane?
beli kat pesta jualan buku di seksyen 18 shah alam..
ReplyDelete