Monday, 24 December 2012

7 SUNNAH RASULULLAH (S.A.W)

      Assalamualaikum, rakan-rakan semua, hari ini Hafiz nk share 7 sunnah Rasulullah (S.A.W) yang best...

      Oleh itu hendaklah kita menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
ketujuh-tujuh sunnah Nabi Muhammad S.A.W itu ialah seperti berikut :


1.  Pertama : TAHAJJUD.
         Kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2.  Kedua    : MEMBACA AL-QUR'AN sebelum terbit matahari.

         Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an
         terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3.  Ketiga    : JANGAN TINGGALKAN MASJID, TERUTAMA DIWAKTU SUBUH sebelum

         melangkah kemanapun, sebaiknya langkahlah ke masjid terlebih dahulu, kerana masjid
         merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah
         yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.
4.  Keempat : JAGA SOLAT DHUHA  Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5.  Kelima   : JAGA SEDEKAH SETIAP HARI.

         Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan orang yang bersedekah akan
         diberikan ganjaran besar dan dimurahkan rezekinya. Serta Malaikat mendoakan
         untuknya.
6.  Keenam  : JAGA WUDUK TERUS MENERUS.         

         Kerana Allah menyayangi hambanya yang berwuduk, kata Khalifah Ali Bin Abi Talib,
         " Orang yang selalu berwuduk sentiasa akan merasa ketenangan untuk bersolat dan
         dijaga oleh Malaikat dengan dua doa... "ampuni dosa dia & sayangi dia Ya Allah".
7.  Ketujuh  : AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP HARI..         

         Denga Beristighfar setiap hari, Insyaallah masaalah yang terjadi kerana dosa kita akan
         dihapuskan dan dijauhkan oleh Allah S.W.T.
         

2 comments: