Monday 31 December 2012

KIAMAT KECIL HAMPIR SEMPURNA


TANDA-TANDA KIAMAT KECIL HAMPIR LENGKAP  DAN SEMPURNA!



      Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.
Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.

SIFAT AMANAH YANG PENTING

SIFAT AMANAH AKAN HILANG SEDIKIT DEMI SEDIKIT


      Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, "Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya. Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al-­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah. Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, "Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa". Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

      "Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."
 
      "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (H.R. Bukhari Muslim)

Keterangan

      Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.

      Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

"Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, "Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi."

      "Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nashrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nashrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)". (H.R. Bukhari Muslim)


Keterangan
       Hadis ini menunjukkan bahawa sifat amanah akan hilang secara beransur-ansur dan bilangan kaum Muslimin, sehinggalah sampai suatu saat nanti orang yang dianggap baik untuk menjaga amanat pun telah khianat pula.
Begitulah gambaran masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita terpedaya oleh seseorang yang pada zahirnya boleh memikul amanah, tetapi sebenarnya ia juga telah berlaku curang.

Friday 28 December 2012

SEMBILAN KEMULIAAN SOLAT TAHAJUD



Rasulullah bersabda, "Barangsiapa menjaga sholat tahajud dengan sungguh-sungguh, maka Allah memberinya sembilan kemuliaan, terdiri dari lima kemuliaan didunia dan empat di akhirat.
Di dunia:

1. Allah jauhkan dari bencana.

2. Tanda kesholehan memancar diwajahnya.

3. Akan dicintai hamba Allah yang sholeh pula dan disegani manusia.

4. Bicaranya jadi hikmah dan berwibawa.

5. Mudah memahami Agama Allah.

Di akhirat:

1. Bangkit dengan wajah penuh cahaya.
2. Mudah saat di hisab.
3. Seperti kilat menyambar melewati shirot.
4. Menerima catatan amal dari sebelah kanan.

SubhanAllah, "Semoga Allah meng-ilhamkan kepada kita dan keluarga kesenangan dan kekhusyuan solat malam..." Aamiin..

Oleh itu, jadikanlah solat Tahajud sebagai satu kebiasaan kepada kita agar kita dipermudahkan segala urusan kelak..Dan carilah ketenangan jiwa degan beribadah yang ikhlas moga diri kita akan senantiasa diberkati Olehnya.Insyaallah..

KATA-KATA HIKMAH DR. MUHAYA


kita tak boleh dapat kerja yang lebih baik dengan mudah tetapi jika kita bekerja dgn lebih baik, insyaAllah kerja yang lebih baik akan datang

3 perkara payah buat. 1. baik pada org yg tak baik pada kita. 2. jaga nama orangyg  sedang di umpat, 3. akui kesilapan sendiri...

kita akan dilayan sebagaimana kita melayan orang lain . jika negatif kita dapat itu feedback. perbetulkan diri kita dan berhenti menyalahkan dan cari kesalahan orang...

layan manusia seperti mana mereka ingin dilayan. layan manusia macam mana kita ingin dilayan. lagi ramai kawan lagi murah rezeki...

Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain...

hidup ini adalah DIY... "Do It Yourself...!!!"

nak jadi isteri yang disayangi suami, jadilah wanita yg EKSKLUSIF.. yg hanya suami dpt melihat kecantikan kita...

jgn krn mencari harta dunia yg sedikit, kita menjual akhirat...

berkawan dgn org yg b*d*h... dgn bergaduh dgn org yg baik... lebih baik bergaduh dgn org yang baik...

org yg hebat akan membuatkan org lain merasa hebat.. ttp org yg kecil akan suka mengecil2kan org lain... org yg suka membuka keaiban org lain, suka mencari kesalahan org lain, sebenarnya mempunyai banyak keaiban sendiri...

jgn kejar cita2... tapi kejarlah makna kehidupan...

sesiapa yg takut pd Allah, takkan takut pd apa2 yg lain... tetapi sesiapa yg tak takut pd Allah, dia akan takut pd banyak perkara...

orang yang bijak, dia tidak reaktif.. tetapi produktif...

org yg selalu kata tak de masa sebenarnya adh org yg tidak tahu menguruskan masa...

jgn ada sindrom kita rasa kita 'budget bagus'

siapa pandang dunia, akhirat dia takkan nampak... tp siapa yg kejar akhirat, dunia akan kejar dia...

We don't interact with the world but we interact with our interpretation of the world. So if we interpret in positive manner we have a positive result in our life..

Orang yg sihat rohaninya, sihat emosinya, sihat badannya...

orang yg kenyang dgn kasih sayang Allah tak perlu kasih sayang manusia...

orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia...

kita ada pilihanraya setiap hari... iman ke nafsu.. dosa ke pahala.. syurga ke neraka... taat ke maksiat.. Allah redha ke Allah murka...

memberi nasihat mudah tapi teima nasihat payah terutama bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dunia...

Nilai kita akan turun bila kita sibukkan diri dengan benda yang tak berfaedah atau maksiat...

manusia dihormati dgn akal. orang ditipu kerana tidak pernah berfikir. orang yang bijak akan memastikan apa dia buat adalah jalan selamat...

Oleh itu jadilah orang yang bertanggungjawab, berusaha, berakal dan bijak memikir sesuatu yang berguna untuk semua orang..
Moga dengan ini akan dipermudahkan segala perkara dan Insyaallah kita pasti akan mencapai matlamat sebagai seorang yang berguna..

Monday 24 December 2012

7 SUNNAH RASULULLAH (S.A.W)

      Assalamualaikum, rakan-rakan semua, hari ini Hafiz nk share 7 sunnah Rasulullah (S.A.W) yang best...

      Oleh itu hendaklah kita menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.
ketujuh-tujuh sunnah Nabi Muhammad S.A.W itu ialah seperti berikut :


1.  Pertama : TAHAJJUD.
         Kerana kemuliaan seseorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

2.  Kedua    : MEMBACA AL-QUR'AN sebelum terbit matahari.

         Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an
         terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
3.  Ketiga    : JANGAN TINGGALKAN MASJID, TERUTAMA DIWAKTU SUBUH sebelum

         melangkah kemanapun, sebaiknya langkahlah ke masjid terlebih dahulu, kerana masjid
         merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah
         yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah S.W.T.
4.  Keempat : JAGA SOLAT DHUHA  Kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5.  Kelima   : JAGA SEDEKAH SETIAP HARI.

         Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan orang yang bersedekah akan
         diberikan ganjaran besar dan dimurahkan rezekinya. Serta Malaikat mendoakan
         untuknya.
6.  Keenam  : JAGA WUDUK TERUS MENERUS.         

         Kerana Allah menyayangi hambanya yang berwuduk, kata Khalifah Ali Bin Abi Talib,
         " Orang yang selalu berwuduk sentiasa akan merasa ketenangan untuk bersolat dan
         dijaga oleh Malaikat dengan dua doa... "ampuni dosa dia & sayangi dia Ya Allah".
7.  Ketujuh  : AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP HARI..         

         Denga Beristighfar setiap hari, Insyaallah masaalah yang terjadi kerana dosa kita akan
         dihapuskan dan dijauhkan oleh Allah S.W.T.
         

KHUTBAH RASULULLAH (S.A.W)

KHUTBAH RASULULLAH
Wasiat Agung Buat Umat Tercinta

" Dan tidaklah kami ( ALLAH ) mengutuskan engkau ( MUHAMMAD S.A.W ) melainkan hanya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan"
( Surah Al-Furqan, ayat 56)

      Muhammad Bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggungjawab luar biasa. Sebagai perantara atau Rasul diantara Tuhan kepada Hamba-hambanya, Rasulullah S.A.W perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan, dan arahan Allah S.W.T kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah S.A.W mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga. Perihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya Berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan dan teguran di medan peperangan , di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.

      Sewajarnya kita mencemburui para sahabat  yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah S.A.W. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani,. Besarnya impak kata-kata Rasulullah S.A.W dapat dilihat pada emosi para sahabat yang terusik sehingga menitis air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima sehingga melepaskan pedangnya.

         Alangkahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan, dan teguran Rasulullah S.A.W kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditunjukkan khusus kepada sahabat tertentu.

         Walaupun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah S.A.W sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.


    " SAYA BERWASIAT KEPADA KALIAN AGAR BERTAKWA KEPADA ALLAH . IA ADALAH WASIAT TERBAIK BAGI SEORANG MUSLIM. SEORANG MUSLIM PERLU MENGINGATI AKHIRAT DAN MENYERU KEPADA KETAKWAAN KEPADA ALLAH"

-KHUTBAH JUMAAT PERTAMA RASULULLAH S.A.W DI MADINAH-  


BUKU INI DITULIS OLEH : ROHIDZIR RAIS
BEST ISI-ISINYA,BOLEH DIBUAT PANDUAN HIDUP UNTUK DIAMALKAN, INSYAALLAH..
ADMIN SYORKAN KORANG BELI LA BUKU NI, MURAH JE, ADMIN SIAP DAPAT POTONGAN 15% LAGI TAU....JADI APE LAGI SERBU LA CEPAT!!!

SELAGI STOK MASIH ADA!!  :)

Sunday 23 December 2012

HIKMAH KATA PROF. DR. MUHAYA


   PROF DR. MUHAYA


  Jaga niat kita setiap hari. Tentukan kerana Allah. Jika tidak, kita tidak akan sampai pada Allah. Alangkah sia sianya hidup kita dan alangkah sedihnya apabila sampai di padang mahsyar dan melihat akaun kita kosong kerana tidak niat kerana Allah. Walau kita berasa marah pun mesti kerana Allah. Jom audit emosi negatif kita adakah kerana Allah atau sebaliknya. Apatah lagi bagi anak anak yang marah pada ibu bapa, renung anak kita sendiri. Setiap apa kita buat pada ibu bapa akan dibalas. Kasihan anak kita jika mereka juga tidak berakhlak pada kita dan mendapat dosa. Ramai ibu bapa muda tertipu dgn anak comel yg diberi Allah tetapi mengecilkan hati ibu bapa dan 20 tahun kemudian menangis bila anak mereka mengecilkan hati mereka. Sama kita renungkan. Jaga niat kita sentiasa. 

     Emosi kita bangun tadi suatu indikator keimanan dan kesyukuran kita. Jika tidak tenang, muhasabah dan bertaubat dan refleksi diri dan hentikan semua kritikan dan menganalisa orang lain tetapi mula analisa diri kita dan ambil langkah betulkan diri. Pasang niat pagi ini utk berbuat baik
Maafkan semua orang dan halalkan semua dan lupakan semua kebaikan kita pada orang dan ingat semua kebaikan orang pada kita, lupakan kejahatan orang pada kita dan ingat kesalahan kita pada orang. Ini formula utk hidup tenang dan sihat, insyaAllah.
     Para isteri sebelum tidur ucap terima kasih pada suami dan minta maaf, begitu juga para suami. Tidak jatuh nilai kita bila kita menghargai orang lain dan meminta maaf. It works like magic in a relationship.
Sebelum tidur ingat segala perkara yang kita bersyukur dan bayangkan siapa kita nak jadi esok hari tentu lebih baik dan soleh dari hari ini. Niat utk lebih senyum dan bermanfaat esok hari.
     Cara seseorang memberi pendapat dan interpretasi keadaan mencerminkan kualiti. Jom audit bagaimana perspektif dan prioriti kita. Jika baik kedua ini maka baik lah kehidupan seharian. Cuba audit profile kita setiap hari dan komen kita beri pada pendapat orang lain. Adakah mencari salah atau ingin belajar. Orang yg bijak sentiasa belajar dan memperbaiki diri dan menjadi solusi. Orang kurang bijak sentiasa mencari salah dan menjadi masalah bukan solusi. Orang berjaya suka memberi, orang kurang berjaya sentiasa mencari peluang atas kelemahan orang lain dan sangat berkira dalam kerja seharian. Adakah kita suka menyenangkan orang lain atau menyusahkan, suka menggembirakan atau suka menyakitkan hati, kita menaip utk nasihat atau melepaskan kemarahan,. Apa kita fokus itu kita dapat. Jika negatif , negatiflah hidup kita, jika positif, positiflah hidup kita.
     Kepada semua pakar dan medical officer cuba ubah persepsi terhadap houseman dan stop labeling. Bila ada houseman baru cuba lihat dgn kasih sayang dan hormat dan beri galakan. Ingat masa kita houseman dulu pun penuh dgn kelemahan. Ini akan beri motivasi pada mereka. Selalu nya orang yg marah orang tidak akan tenang dan tidak akan bahagia. Ingat keselamatan anak kita dirumah dan jgn sekali menjatuhkan maruah dan menganiaya sesiapa. Hidup ini ada kitaran. Apa kita buat itu kita dapat. Jom semua pakar perubatan dan ketua jabatan, have more compassion. Tidak ada rugi jika kita baik dgn orang dan akan selalu rugi orang yang berbuat jahat.
     Komunikasi- 7 % perkataaan, 38% intonasi, 55% fisiologi ( perasaan happy atau negatif termasuk memek muka). Sama fikirkan.
      Lihat profile di facebook. Cuba buat perbandingan dengan gambar yg tertera dan ciri keislaman. Jom audit diri kita. Kaum wanita jika tidak ada kelembutan apa beza dgn lelaki. Lihat diri , refleksi diri, dan cuba ubah diri. Jika kita tidak dihormati bererti kita tidak hormati diri dan hormati orang lain.
Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa.
Begin the day with gratitude and compassion. Think of doing something kind to another human being. See how your entire day change. Start email someone to tell how you appreciate them
      We do not get what we want but what we are. If we want love we have to be loving, if we want friends we have to be friendly, loving people live in a loving world, hostile people live in a hostile world. how come? Decide the world we want by being what we want. Hence we see what we type then we know what world we are living in.
Ramai orang berbual difacebook dan dalam perbualan itu ia samaada break us or make us. Jaga masa. Hanya buat sesuatu yg akan beri progress. Change is permanent, personal growth is a choice. Apa kita willing to do to imprpve. Adakah hanya setakat baca status facebook dan tiada tindakan jika semalam tidak lebih baik dari hari sebelum semalam bererti tiada progress alangkah ruginya. Jangan kita hanya NATO - no action talk only.
Jaga setiap minit akan terjaga jam, hari, minggu, bulan, tahun dan kehidupan. Jaga virus minda iaitu alasan yg di beri dan di cari dalam mencari redha Allah
      Isteri menemani, memasak, melahirkan anak, para suami sabar dgn isteri, buat majlis ilmu dirumah atau hadiri majlis ilmu utk didik isteri. Suami yg biarkan isteri tinggal solat hukum dayus. Biarkan maksiat dilakukan isteri. Jom isteri jaga solat dan aurat. Kasihani suami dunia akhirat. Jangan hantar suami ke neraka dgn kedegilan kita. Apa kita dapat kalau degil dgn Allah dan suami dan mula keluh kesah dan tidak disayangi suami setakat toleransi kita sahaja. Niat nak ke syurga bersama suami dan anak anak hari ini. Sia- sia hidup mencari penghargaan manusia dgn menjaga penampilan fizikal sahaja. Lihat muka dicermin dan tanya apa tujuan hidup hari ini.
      Allah pandang dgn rahmat dan diberi ketenangan hati bila menghadiri majlis ilmu, sibukkan diri mencari ilmu akidah, ilmu taharah. Kebnyakan azab kubor sebab tidak istinjak dgn betul. Banyak ingat Allah insyaAllah akan tenang.  - Ustaz zahazan
      Siapa byk solat tahajjud akan sgt positif and terbuka  minda. Siapa yg tak solat subuh akan dikencingkan oleh syaitan dalam telinga. Dia bangkit dgn keadaan diri yg negatif, prejudis, segala dalam hidup penuh kotor. Jom qiammulail utk perbaiki diri.  -Ustaz zahazan
      Imam ghazali. Bila lihat seseorang sentiasa rasa dia lebih baik dari kita. So kita tak boleh bajet bagus dan sentiasa lihat kebaikan orang dan berlapang dada.
     Semakin usia bertambah kita harus semakin dekat dgn Allah. Orang yg dah mati pun banyak cubaannya. Ujian hanya selesai bila kaki melangkah dalam syurga. Orang bijak bukan org yg cerita masalah difacebook, tapi bangun malam dan berdoa pada Allah, insyaAllah akan dapat hidayah selesaikan masalah. Hentikan mengharap pada manusia.  -Ustaz Zahazan
     Hari ini perhatikan sikap kita, hentikan nak label orang dan jaga jgn kita bajet bagus. Tutup kebaikan kita sebanyak mungkin macam mana kita cuba sembunyikan kejahatan. Itulah ikhlas.
      Sama kita perhatikan diri kita hari ini dan hentikan sekejap melihat orang lain. Apa yg kita cakap pada diri dan apa fokus kita. Kita selalu bercakap tentang orang itu mati , kasihan dsb dan rancangan tv juga fokus pada cara mati dan betapa sedihnya yg ditinggalkan. Apa kata kita fikir apa yang berlaku bila masuk kubur, adakah taman syurga atau kawah neraka. Jika semasa hidup penuh ingkar pada Allah kita harus rasa sedih untuk yg meninggal dan renung diri kita apakah nasib kita.
     Mulakan setiap hari dengan berfikir yang baik utk, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam keluarga tolong seseorang yang merasa rendah diri dengan memberi pujian dan penghargaan. Dalam masyarakat pula kutip sampah yg kita jumpa dan kitar semula sebanyak mungkin. Untuk negara pula doakan mereka yang berkuasa supaya diberi hidayah untuk menjalankan tugas dgn penuh keadilan dan kesejahteraan. Jangan ada komen utk post ini untuk mengutuk sesiapa. Setiap kutukan yang kita lempar akan kembali pada kita semula.
Jika kita payah memaafkan dan sentiasa melihat kesalahan cuba audit kesalahan kita pada orang dan adakah kita mahu orang memaafkan kita. Kita hanya akan dapat apa yg kita buat. Dosa dengan manusia yang payah kita nak bawa diakhirat nanti. Jika kita maafkan orang Allah akan buka hati orang maafkan kita, alangkah tenang kita bila tak banyak dosa dgn orang lain. Dosa dgn Allah boleh taubat nasuha tapi dgn manusia harus mereka maafkan kita. Jika hati kita keras agaknya kita dekat dgn neraka atau syurga, Allah sayang atau Allah murka. Malu pada diri ini yg penuh dosa dan hentikan fokus kesalahan orang pada kita tapi fokus kesalahan kita pada orang utk elak kita bajet bagus.
      Setiap orang dari kita dikurniakan kehebatan oleh Allah swt . Hidup dengan kesedaran ini dan fikirkan apa kita boleh buat untuk memberi faedah kepada makhluk Allah. Setiap tindakan kita akan membina atau merusakkan sesuatu. Fikir yang mana satu sedang berlaku setiap kali kita bertindak dalam apa saja situasi.
Jaga anak anak supaya tidak menonton rancangan tv ganas dan ngeri. Akan rosak minda mereka.
Manusia mencipta suasana luar dgn membina dunia dalamn mereka dgn menjaga fikiran dan emosi supaya sentiasa baik dan positif dan sentiasa bersangka baik pada orang lain.
    Kita merasa kasihan pada diri kita yg tertipu bila kita sibuk buat amalan soleh menolong orang tapi menyiksa diri kita ke arah neraka bila tidak menjaga ibadah khusus dan aurat dan pegaulan pada kaum wanita. Jom audit diri kita. Apa tujuan kerja adakah hanya memenuhi keperluan hidup membayar bil atau memenuhi tujuan hidup mencari redha Allah supaya menuju jalan ke syurga. Dgn mengingati mati dan syurga dan neraka akan menguatkan kita mengatasi semua masaalah hati insyaAllah. Bebaskan diri dari mencari penghargaan manusia
     Ibu bapa yang melabur pada pembangunan peribadi dan sahsiah wawasan dan akhlak Anak anak Akan mendapat hasilnya. Jom audit dimana perbelanjaan kita pada anak anak
       Orang yang bermasaalah akan sentiasa ada masaalah. Oleh itu jadikan diri kita orang yg tidak bermasaalah dengan menjadi bahagia dan membahagiakan. Penyelesaian ada dalam diri kita bukan luar diri kitaOrang yg berminat akan buat apa yang selesa. Orang yg komited akan buat APA SAjA untuk capai impian mereka. Yg mana kita. Hentikan mengeluh dan merungut dan mulakan tindakan.
      Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita , perkataan kita dan tindakan kita. Lihat bagaiaman hidup kita berubah.Senyum suatu sunnah dan akan menghasilkan hormonn endorphins bila kita senyum. Hanya manusia boleh senyum dan haiwan tidak dapat senyum. Jangan fikir apa orang kata. Walau orang tak senyum balik kita dah dapat pahala sunnah. Senyum yg benar benar niat sunnah akan diterima dgn baik insyaAllah. Nabi Muhamaad saw tidak akan berkata kata sebelum baginda senyum dulu. Jom jadikan senyum suatu amalan dan tabiat. Ajar anak anak senyum bila bangun pagi. Sesiapa yang masam dan kata moody bila bangun, bayangkan bagaiman hari yg dimulakan dgn muka masam. Ubah tabiat ubah kehidupan.
      Berapa ramai ibu muda yang sering merungut anak mereka nakal. Cuba tanya diri kita mahu anak nakal dan sihat atau sakit dan tidak nakal. Henti label anak anak dgn " hyperactive" etc. Sebutbyg baik. Jika anak nakal kemungkinan perlu perhatian terutama baru dapat adik baru. Berapa orang ibu muda bersyukur ada suami dan anak. Berapa ramai orang tiada jodoh lagi dan anak. Hentikan merungut dan bersyukur. Bila hilang nikmat baru nak menyesal dan depressed. Syukuri nikmat insyaAllah Allah kekalkan nikmat.
     Khutbah terakhir mengandungi semua yang berlaku kini betapa Rasullullah tahu apa akan berlaku. 3 perkara 1. Jaga kebajikan wanita, jangan isteri kerja dan suami rehat sahaja, Nabi Muhammad memuliakan wanita. Wanita dinikahi dgn nama Allah dan harus jaga. Wanita harus bersyukur kerana di khutbah terakhir Rasulullah baginda menyebut kebajikan wanita. Syurga dibawah telapak kaki ibu. Jom wanita semua niat nak jadi dan disiplinkan diri menjadi wanita solehah. Komen yg diberi jgn sebut masalah orang lain tapi perbaiki diri. Kita semua tahu masalah sekarang tak payah diulang byg negatif tapi fokus yg positif. Setiap kali kita melihat orang lain kita tidak melihat diri kita hingga terlupa keaiban diri. Hentikan semua suara dalaman sakit hati, keci hati, dendam dgn sesiapa. Mula lihat diri dan tanya kenapa Allah izinkan orang menyakiti kita dan mula ingat siapa kita pernah sakiti dan minta ampun dan perbaiki diri.
      4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah." - Riwayat al-Baihaqi . DAri fanpage Ustaz Dr Zahazan.
Renung bacaan Quran kita. Alangkah sedih bila umur sudah lebih 40 tahun tapi masih merangkak membaca Quran. Ini disebabkan didikan masa kecil kurang ditekankan bacaan Quran dan mengamalkan ajarannya. Jangan biarkan anak-anak kita lemah Al-Quran. Kalau kita ingin sentiasa menambah baik rumah dan kenderaan kita apa kita buat dengan bacaan Quran. Jom belajar dan tingkatkan bacaan Quran kita.
Iman boleh bertambah dan boleh berkurang. Bila rasa iman berkurang istighfar. Banyak perkara melemahkan iman. Mukmin yg cintakan Allah dan syurga akan berbuat amal soleh utk tambah iman dan elakkan maksiat yg mengurangkan iman- ustaz roslan
      Hentikan melihat dgn mata fizikal sahaja. Guna mata hati. Kita di nilai bukan dgn apa kita ada, buat, title, rumah, barang branded tapi nilai kita pada nilai hati dan nilai manfaat kita beri pada orang.
Jika ingin mendapat hidayah kita harus berusaha. Jika masih di takok lama tentu hidup akan sama. Lihat kawan kita maka kita tahu siapa kita. Birds of a feather flock together. Kita hanya suka org yg sama dgn kita.
Hidup penuh makna bila setiap perbuatan bebas dari penghargaan manusia. Lihat bagaimana hidup berubah bila capai tahap ini. Lihat hidup kita sekarang. Kalau tertekan erti belum sampai
Jangan terpesona dgn manusia. Harus terpesona dgn pencipta manusia. Jaga jaga supaya amalan mendapat ganjaran akhirat.
      Kajian menunjukkakn mereka yg positif masa muda bila berumur 70 keatas tidak ada penyakit. Sebaliknya mereka yang suka risau, takut , marah, dendam, benci orang masa muda banyak penyakit
Kaum wanita fikir apakah kita murah atau mahal, eksklusif atau tidak. Lagi buka aurat lagi murah dan tidak eksklusif tontonan semua. Di dunia terhina di akhirat papa lagi. Jangan ikut amalan ramai orang. Kaum masuk syurga kaum yg sedikit. Jangan ikut adat ikut ibadat.

MOGA ANDA BEROLAH BERKAT DAN BERJAYA, INSYAALLAH :)

COPY FROM : http://mirdalavenderoses.blogspot.com/p/hikmah-kata-prof-dr-muhaya.html

Saturday 22 December 2012

PROF. DR. MUHAYA MOHAMAD

Penulis : Erni Zainal Abidin
     Tidak keterlaluan jika dikatakan figura ini memiliki pakej yang lengkap untuk dinobatkan sebagai antara wanita paling berjaya di Malaysia pada dekad ini. Beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai wanita Islam pertama mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh.
     Kejayaan demi kejayaan yang ditempa sehingga membawa kepada pelbagai pengiktirafan, sudah cukup untuk menggambarkan betapa sosok ini telah mengecap suatu legasi kejayaan yang sering diimpikan oleh semua orang. Itulah Dr. Muhaya, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di tanah air kita.
     Kejayaan yang dikecap kini bukan datang bergolek, tetapi adalah hasil daripada usaha kerasnya selama ini. Walaupun tidak pernah mengimpikan untuk menjadi doktor, tetapi hasrat itu berubah tatkala memikirkan tentang tuah sekiranya dapat memberi khidmat kepada orang ramai yang memerlukan.Katanya, “Hati saya bukan untuk menjadi seorang doktor. Saya menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang jurutera memandangkan saya lebih cenderung meminati dan mendalami subjek Fizik,” akui Profesor Dr. Muhaya Mohamad, Pengarah Pusat Mata dan Lasik, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC). Namun kata-kata yang dititipkan bapa saudaranya suatu ketika dahulu telah membuka mindanya untuk mengubah impian hidup.
       “Kata-kata pakcik saya amat meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Beliau mengatakan kerjaya sebagai doktor memberi peluang pada kita untuk melakukan amal jariah. Adakalanya kita akan bertemu dengan pesakit yang susah, jika kita beri dia lima puluh sen pun dia terima. Itulah antara kata-kata yang terus menusuk dalam minda saya sehingga mengubah impian hidup demi mengejar kebajikan dalam bekerja,” imbau seorang pakar perubatan Oftalmologi, ahli akademik serta pakar motivasi yang tidak asing lagi di tanah air kita ini.
        Untuk artikel penuh , Sila dapatkan naskah Majalah VIC Edisi Cinta - Cinta Allah,Cinta Rasulullah, dan Cinta Makhluk.


COPY FROM: http://www.vic.my/index.php?option=com_content&view=article&id=112:dr-muhaya-ikon-muslimah-melayu&catid=48:edisi-cinta&Itemid=121